Sunday, September 18, 2011

Kisah Cinta #1








Diambil dari kisah benar seorang rakan.
Kisah cinta yang membuatkan aku tersenyum :)


Si Gadis demam teruk. Tetapi masih digaghkan diri untuk ke kelas. Si jejaka risau. Risau yang teramat. Diambil handfon dan mengahntar mesej kepada Si gadis.


' Awak, nanti lepas kelas jangan lupa pergi klinik tau '
' Taknak, nanti elok lah demam ni '
' Awak, jangan degil boleh tak ? Nanti pergi klinik '
' Orang cakap taknak, taknak ah '


Si gadis membiarkan peasanan Si jejaka. Teruskan pembelajaran. 
Tamat waktu kelas. Si gadis keluar kelas dengan longlai. Demam panas yang teruk sangat memeritkan ! Tiba-tiba dia terlihat seseorang sudah menunggunya di hadapan kelas. Si jejaka ! Si gadis tersenyum.


' Sekarang awak ikut saya pergi klinik '
' Awak habis kelas pukul berapa tadi ? '
' 10.30 '
' Tapi sekarang dah 12.30. Awak tunggu saya dari tadi ? '
' Awak kan demam. Saya risau '

Si gadis masih tersenyum.


Urusan di klinik tamat pada jam 2.30. Si jejaka terus ke kelasnya yang seterusnya selepas menemani Si gadis. Tetapi Si gadis ingin membalas jasa Si jejaka, dan dia tunggu di perpustakaan. Sambil menghantar mesej kepada Si jejaka.


' Awak, saya tunggu awak kat perpustakaan sampai awak habis kelas ok '
' Awak kan demam. Balik rehat. Kat sana kan sejuk '
' Awak boleh tunggu saya 2 jam kenapa saya tak boleh ? '


Tidak sampai 10 minit Si jejaka sudah berada di hadapan Si gadis.

' Saya dah kat depan awak, awak balik ok ? Awak sakit nanti saya makin risau '

 Si gadis tersenyum lagi.


Kadang-2 kita jadi tak berapa nak pandai sebab cinta. Hii.
Rasyid, buat lah macam ni juga kat saya.
:) 

No comments:

Post a Comment